Laman

ANIME WORLD

Senin, 04 April 2011

Yamada Hanatarō

Yamada Hanatarō (山田 花
太郎) adalah seorang
waktak fiksi dalam seri
anime dan manga Bleach
ciptaan Tite Kubo. Dia
berkedudukan 7 dalam
Divisi 4 Gotei 13]].[1] Dia
menduduki tempat ke-24
dalam bancian Shonen
Jump yang terakhir.
Sifat tokoh
Hanatarō bersifat penakut
dan cepat gentar. Dia
memiliki rambut hitam
yang agak panjang, dan
seringkali berkelakuan
aneh dan mudah
diperdaya. Disebabkan
sifat dirinya yang lemah
lembut, dia seringkali
menjadi mangsa buli dan
bahan ketawa. Ini
dibuktikan lagi apabila dia
mengatakan dalam
sebuah bab omake dalam
jilid 13 bahwa dia
merupakan "budak yang
paling banyak dibuli di
seluruh dunia." Tambahan
pula, hari jadinya jatuh
pada April Fools' Day atau
Hari Aprilmop, yaitu pada
1 april , maka ramai orang
meluangkan waktu pada
hari tersebut
memperbodohkannya.[2]
Menurut Kon, Hanatarō
mempunyai rupa yang
"membosankan meskipun
cukup popular dikalangan
wanita".
Meskipun dia seperti
seorang pengecut dan
lemah, dia kadang-kala
berkelakuan berani.
Selepas mendengar
kejadian yang menimpa
diri Kuchiki Rukia, dia telah
mencoba untuk
menyelamatkannya,
walaupun mengetahui
akan rekod jenayahnya
dan kedudukannya pada
waktu itu. Selepas
berjumpa dengan rekan
Rukia, iaitu Kurosaki
Ichigo, Hanatarō bertekad
untuk membantu Ichigo
menyelamatkan Rukia,
walaupun memahami
bahwa jika mereka
tertangkap dirinya akan
dipenjarakan karena
membelot. Selepas
menyaksikan pertarungan
Ichigo yang berlawan
kerana apa yang
dipercayainya, Hanatarō
telah membuat keputusan
bahwa dia juga akan mula
memainkan peranan yang
lebih penting daripada
hanya melihat dari jauh
saja, dan telah membawa
zanpakutōnya bersama
dirinya.
Hanatarō menyatakan
apabila memperkenalkan
dirinya bahawa namanya
agak mudah untuk
diingati, meskipun Ichigo
berkata sebaliknya, yaitu
namanya akan mudah
diingat jika berbunyi
Hanako (nama
perempuan) atau Tarō
(nama lelaki). Namanya
yaitu Hanatarō, menurut
Ichigo, adalah membuat
keliru. Perkataan Hanatarō
sebenarnya merupakan
kesan daripada susunan
dan campuran yang
disengajakan oleh Tite
Kubo, iaitu asalnya
muncul di antara Yamada
Tarō (nama seorang lelaki
yang tidak diketahui
namanya, seperti John
Doe) dan Yamada Hanako
(nama seorang wanita
yang tidak diketahui
namanya, seperti Jane
Doe). Dengan
mencampuradukkan
elemen-elemen tersebut,
kemungkinan besar Tite
Kubo cuba menyatakan
bahawa Hanataro
sebenarnya seorang yang
tidak penting langsung
dan tidak perlu diberi
perhatian.
Di atas sebab kemahiran
berlawan Divisin 4 kurang
handal berbanding divisi-
diviisi lain, mereka
selalunya ditugaskan
untuk membersihkan
Seireitei, misalnya seperti
menyapu dan
membersihkan loji dan
sel-sel penjara. Justeru,
Hanatarō dan ahli-ahli lain
dalam Divisi 4 amat mahir
dalam selok-belok loji
bawah tanah, termasuklah
koridor esoterik dan dapat
mengakses banyak kunci
bangunan di sana.
Sinopsis
Hanatarō pertama kali
bertemu dengan Ichigo
dan Shiba Ganju apabila
mereka coba
menjadikannya sebagai
tebusan untuk melarikan
diri daripada shinigami
yang lain dan secara tidak
sengaja terbawanya
dengan mereka. Hanatarō
yang telah mendapat tahu
niat mereka untuk
menyelamatkan Rukia,
telah memberi bantuan
serta panduan kepada
mereka menuju ke tempat
Rukia ditahan, sambil
menyembuhkan
kecederaan mereka di
dalam pertarungan.
Hanatarō kemudiannya
ditangkap dan
di penjarakan. Dia
kemudiannya dilepaskan
oleh rekannya, Rikichi dari
Divisi ke-6, supaya Renji
dapat disembuhkan.
Tidak lama selepas
kejadian itu, Hanatarō
dihantar ke dunia manusia
untuk menyiasat
pencerobohan golongan
Bount di Bandar Karakura.
Walau bagaimanapun, dia
gagal berbuat demikian
dan sebaliknya, telah
menyembuhkan mereka
yang telah dicederakan
oleh golongan Bount.
Dalam konteks ini,
Hanatarō seringkali
muncul dalam segmen-
segmen omake sebagai
selingan lucu.
Dalam babak Hueco
Mundo, Hanatarō telah
menemani Byakuya dan
berasa agak tertekan
apabila kapten itu telah
menggunakan langkah
kilat dan mendahuluinya,
sesuatu yang belum dapat
dilakukan Hanatarō.
Apabila dia sampai ke
tempat Byakuya, dia telah
diarahkan supaya
menjauhkan diri kerana
Byakuya tidak dapat
menjamin
keselamatannya.
Kuasa dan
kemahirannya
Sebagai seorang ahli
dalam Divisi ke-4,
Hanatarō memiliki kuasa
penyembuhan yang
menakjubkan. Dia jarang
membawa zanpakutō,
sebaliknya dia seringkali
dilihat bersama
bungkusan perubatan
Divisi ke-4. Kemungkinan
besar bungkusan itu
mengandung bekal obat-
obatan, termasuklah
salep, pembebat, dan pil-
pil penyembuhan. Salah
satu daripada barang
yang terkandung di dalam
bungkusan ini digelar
shinten (震点), sejenis cairan
hijau yang boleh
mengakibatkan siapa
dengan tenaga semangat
rendah tersentuh
cairannya (maupun
setitik), pengsan,
berkemungkinan
digunakan sebagai
anestetik. Dia juga dilihat
membawa sejenis pil
besar dengan simbol
tengkorak, di mana pil ini
adalah eksklusif untuk ahli
Divisi 4 saja, untuk
mengembalikan stamina.
Meskipun pil yang
diberikan kepada ahli
Divisyen ke-4 yang lain
berkesan, pil yang
terdapat padanya
merupakan pil palsu oleh
ketua-ketuanya.[3]
Hisagomaru
Akeiro Hisagomaru.
Seperti setiap shinigami
yang lain, Hanatarō
memiliki sebilah
zanpakutō juga, meskipun
dia jarang dilihat
membawanya.
Disebabkan kemahirannya
adalah lebih kepada
bantuan perubatan dan
bukannya pertarungan,
Hanatarō selalu tersalah
letak zanpakutōnya kerana
dia jarang
menggunakannya.
Zanpakutō Hanatarō
dinamakan Hisagomaru (瓠
丸, secara literal; penyukat
sakti), yang didedahkan di
dalam Buku Watak Bleach.
[4] Arahan lepasan tahap
shikai Hisagomaru ialah
"penuhkan" ( 満たせ mitase).
[5]
Sebelum tahap shikainya,
Hisagomaru mempunyai
sebuah penyukat di
bilahnya. Hisagomaru
bersifat agak pelik karena
serangannya mempunyai
kesan penyembuhan dan
bukan mencederakan
pihak lawan. Meskipun
menyerang pihak lawan
adalah tidak berguna,
penyembuhan yang
dilakukannya akan
memenuhkan penyukat di
bilahnya. Kecederaan
yang disembuhkan akan
menentukan jumlah yang
diserap. Apabila
penyukatnya penuh,
Hisagomaru secara
otomatik mengaktifkan
tahap shikai dan bertukar
menjadi Akeiro
Hisagomaru ( 朱色瓠丸, secara
literal; penyukat merah).
Pada tahap ini,
Hisagomaru berbentuk
seperti sebilah skalpel dan
menumpukan setiap
kecederaan yang telah
diserapnya menjadi suatu
serangan besar yang kuat,
mampu melakukan
serangan maut kepada
Menos kelas Gillian.
Serangan-serangan yang
berikutnya tidak lagi
mempunyai kesan
penyembuhan,
membenarkan Hanatarō
menyerang seperti biasa
selepas transformasi
tersebut, meskipun
bentuk Akeiro
Hisagomaru itu sendiri
telah membebankan
tuannya.[6]

Tidak ada komentar: